Pages

Friday 29 March 2013

Tahan treler jelajah PAS 'arahan' pihak tertentu?



GOPENG: Akibat ditahan pihak berkuasa, program jelajah treler berkebajikan PAS yang dijadual berlangsung di Gopeng tertangguh lebih sejam malah terpaksa diubah dari Seksyen 18 ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh.


Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng, Radzi Zainon berkata, pihaknya kesal dengan penahanan dan pemeriksaan treler itu yang diyakini dibuat 'atas arahan' pihak tertentu bagi mengganggu program yang dianjur hari ini.

"Kita lihat bila Barisan Nasional (BN) buat program, bukan sahaja tiada halangan malah anggota keselamatan turut memberi kerjasama.

"Tetapi apabila Pakatan Rakyat, bermacam-macam halangan diwujudkan dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat agar tidak hadir ke tempat program tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang kecewa dengan tindakan penahanan treler itu berkata, semua pihak sewajarnya bertindak profesional dalam dalam menangani perbezaan politik kerana Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi.

"Tindakan polis yang mengikut arahan pihak tertentu menyebabkan program kita terjejas lebih dari sejam.

"Bukan itu sahaja kita terpaksa mengubah lokasi ke tempat yang lain, dan kita khuatir jika meneruskan program di lokasi yang asal sudah pasti pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui di program jelajah di Pengkalan Pegoh.

Tengah hari tadi, lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS di Gopeng saja keluar dari lebuhraya.

Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.

Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut yang melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya memberi jawapan 'menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan'.

Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan.

Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.

Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.

Semalam, treler tersebut turut dihalang memasuki kawasan ceramah di Bandar Kamunting.

Difahamkan pihak polis membuat tiga sekatan jalan raya di laluan masuk ke tempat program tersebut mulai jam 6 petang lagi.
- Harakahdaily

Wednesday 27 March 2013

ANWAR: TOK GURU HADI AWANG HARUS BERTANGGUNGJAWAB!!


Sewaktu pelancaran Manifesto PR bertemakan "Pakatan Harapan Kosong Rakyat", Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil menyalahkan Hadi Awang berhubung kontroversi isu kalimah Allah.

Ketua Umum PKR itu mendakwa ketetapan bersama PR pada 8 Januari 2013 lalu untuk membenarkan kalimah Allah s.w.t diguna pakai oleh orang bukan Islam termasuklah untuk kegunaan kitab Bible versi Bahasa Melayu hanya dimuktamadkan selepas mendapat penerangan dan persetujuan Presiden PAS.

"Itulah yang kita terima. Kenyataan kita itu yang dibentangkan oleh PAS, satu perkataan pun ambo tak pinda. Ya, dalam kenyataan itu satu perkataan sepenuhnya dari awal sampai habis, yang Tok Guru Hadi Awang "sign", ana jadikan kenyataan majlis pimpinn pakatan rakyat yang dipersetujui oleh PAS, PKR dan DAP."- kenyataan Anwar di Ketereh Kelantan.

Cubalah nilai dan fahamkan perkataan yang keluar dari mulut "manusia paling mengelirukan" ini.

Apa pendirian dia yang sebenarnya kita keliru. Nak kata dia setuju kalimah Allah digunasama oleh bukan Islam pun ya. Naka kata dia tak setuju gunasama pun ya.

Jalan tengah yang diambilnya ialah dengan cara memaparkan imej baru, iaitu "buat cara orang lurus bendul".

"Ambo tak pinda gapo pun. Apo yang tok guru "tando tange", tuuu la yang ambo ikut. Andai kato tok guru "sign" yang hok tak setuju kongsi namo Allah hari tu, makonyo kami Pakate Tipu Rakyat pun akan ikut jugok.

Lagu ni la perangai orang yang bakal jadi PM kalau pakate tipu rakyat ni menang PRU13. Kalau nak jugo, mampuih mu la..

petikan:http://kkamdias.blogspot.com
 

Blogger news

Blogroll

About