Pages

Saturday 20 April 2013

Pengisytiharan calon PR Negeri Perak sudah lengkap

                                   
IPOH 18 Apr  Pengisytiharan calon-calon Pilihanraya Umum 13 telah berlangsung malam tadi dengan ketiga parti bertanding mengumumkan kesemua nama di 59 kerusi DUN dan 24 kerusi.
PARLIMEN (PAS) 
Gerik: Hajjah Norhayati Abidin
Lenggong: Hj Razman Zakaria
 Larut: Dato’ Fauzi Shaari
Parit Buntar: Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
Bukit Gantang: Ustaz Idris Ahmad
Kuala Kangsar: Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
Parit: Ustaz Hj Muhd Ismi Mat Taib


DUN (PAS)
Selama: Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin
Kubu Gajah: Ustaz Nazri Din
Titi Serong: Ustaz Abu Bakar Hussein
Gunong Semanggol:
 Ustaz Zawawi Abu Hassan
Selinsing: Hj. Husin Din
Changkat Jering: Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin
Trong: Ustaz Norazli Musa
Kamunting: Ustaz Mohamad Fakhruddin Abd Aziz
Chenderoh: Dr Mohd Azalan Radzi
Lubok Merbau: Hj Mohd Zainudin Mohd Yusof
Lintang: Mej (B) Ir. Hj Ahmad Mazlan bin Othman
Manjoi: Hj. Asmuni Awi
Manong: Hj. Jamil Dzulkarnain
Pengkalan Bharu: Dr Khairuddin Abd Malik
Belanja: Dr Najihatussolehah Ahmad
Sungai Rapat: Ustaz Radzi Zainon
Air Kuning: Dr Razi Othman
Kampung Gajah: Drs. Ishak Shaari
Pasir Panjang: Hajjah Rohawati Abidn
Rungkup: Ustaz Misbahul Munir Masduki
Changkat Jong: Hj. Anuar Sudin
Slim: Hj Aminuddin Zulkipli.

Wednesday 17 April 2013

PECAH BERITA! LIMA Calon BN Bertanding Guna Ijazah PALSU?

Pendedahan terbaru yang diterima mengejutkan.

Pengarah Strategi Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming mendedahkan lima calon parlimen dan DUN Barisan Nasional (BN) dikesan menggunakan ijazah palsu bagi tujuan mempengaruhi Pengerusi BN, Najib Altantuya untuk bertanding.

Ternyata program transformasi Najib Altantuya yang mencanangkan calon yang dipilih adalah berdasarkan kemampuan individu termasuk mempunyai kelulusan akademik yang tinggi cuma sandiwara semata-mata.

Kian Ming mendedahkan kelima-lima nama calon BN yang diletakkan untuk bertanding di kerusi parlimen dan DUN untuk BN Selangor dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Kelima-lima mereka yang dimaksudkan adalah;

PRU 13 - Tengku Adnan semakin meroyan nak hadapi Husam Musa ?

Sekadar ura-ura baru diumumkan,, namun orang tua ni nak tak senang duduk,, tak cukup solat hajat, berdoa,, ia dah mula cari isu peribadi calon yang nak lawannya... 

Macam ni ke orang umno... mana intergriti...

PUTRAJAYA, 16 April -- Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menunjukkan buku "Kenali Siapa Husam Musa, Politik Wang dan Kronisme" pada sidang akhbar selepas majlis solat hajat, tahlil dan doa selamat sempena pencalonan beliau sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen P125 Putrajaya di kediamannya di Presint 10 di sini malam ini.
--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA


Belum lagi Sabtu 20 Apr nak penamaan calon dah meroyan tahap gaban macam ni,, jangan nanti naik ambulan ke IJN dah ler...



NAJIB MENYERAH KALAH DI SHAH ALAM!!


Untuk membalas jasa2 nya, Dato Seri Najib telah mengurnia kan Shah Alam  kepada khadam katak nya yang sangat setia menurut perintah menghentam Anwar Ibrahim sampai lumat. Sebenar nya si katak ini memang pasti akan menerima kekalah teruk walau di mana sahaja dia bertanding.

Baru2 ini telah tersebar klip video yang memaparkan ucapan nye yang menghina kaum hindu. Ianya telah menimbulkan kemarahan kepada seluruh kaum hindu di Malaysia. Selain dari itu dia juga menjawatan jawatan Naib presiden PERKASA yang sangat di benci oleh kaum bukan melayu terutama nya kaum cina.

Ini bermakna calon penyandang Khalid Samad sudah meraih lebih 30% undi dari kaum bukan melayu di Shah Alam. Untuk kemenangan Khalid ianya cume memerlukan lebih kurang 20% sahaja undi dari kaum melayu. Dengan perkiraan ini sudah pasti UMNO/BN akan tumbang tergolek sekali lagi di Shah Alam.



Monday 15 April 2013

Warga Kedah diperbodoh oleh anak Mantan PM.

Apakah sengaja ia nak memperbodohkan rakyat Kedah atau memang sejak dari azali lagi Timbalan Menteri ni seorang yang juga bodoh...

Cukup-cukuplah rakyat Sabah dah diperbodoh dengan warga Suluk dikambing hitamkan,,, Kini rakyat Kedah pulak..


Woi mangkok... pembangkang Malaysia pun rakyat Malaysia yang cintakan tanah air juga,,, janganlah  nak tunjuk cerdik macam lu punya bapak... phuii....


Nik Aziz: Umno-BN tadbir ala komunis



SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mendakwa kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengamalkan pemerintahan ala komunis apabila kerajaan negeri pimpinannya iaitu Kelantan dinafikan hak daripada sebarang publisiti media kerajaan.

"Kami kerajaan di Kelantan, kami tak pernah diberi ruang di radio, TV. Ini bukan demokrasi, ini komunis," katanya pada program Bicara Cinta Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pelancaran buku Bicara Ini Demi Ilahi terbitan Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.Dalam ucapannya, Nik Aziz mengingatkan kepada rakyat Kelantan supaya pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Tegasnya, mengundi adalah salah satu daripada tanggungjawab sebagai umat Islam.

Hidup ini katanya, memerlukan kaedah dan antara kaedah ciptaan manusia adalah pilihan raya yang diadakan bagi menentukan barisan kepimpinan di negara ini. Namun katanya, dalam pilihan raya, tidak seharusnya ada paksaan.

Rakyat, kata beliau, harus diberikan ruang selebar-lebarnya untuk memilih barisan kepimpinan yang mereka yakini.

"Saya minta kepada rakyat Kelantan, kita negara demokrasi mesti keluar mengundi. Kerajaan ini dibuat oleh manusia. Semua manusia diminta mengundi. Jangan ada paksaan. Jangan ada paksaan raya," katanya.

Dalam ucapannya, Nik Aziz turut menekankan sebagai umat Islam, manusia perlu patuh kepada pencipta-Nya.

"Kita kena sedar, kita menumpang," kata Nik Aziz.

Pemimpin yang dilahirkan pada tahun 1931 ini kemudiannya membicarakan definisi cinta dalam konteks kehidupannya. Nik Aziz merupakan menteri besar Kelantan sejak tahun 1990.
Kelantan merupakan negeri yang menjadi lambang kekuatan Pas.

Pada PRU13, Kelantan adalah negeri yang menjadi sasaran utama Umno-Barisan Nasional untuk menawan kembali negeri kubu kuat Pas itu. Menggunakan slogan "Bo La Wei" dan "Tukar", Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin negeri itu dapat dikembalikan kepada Umno-BN.

Cai-cai umno, apa macam,, tolong jawab balik... kominis atau kapitalis lebih kurang aja...

BEKAS MENTERI BESAR SAH SERTAI PAS !!

 Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata, bekas menteri itu sendiri menghubungi beliau dan menyatakan hasrat tersebut.

"Saya mengesahkan salah seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS.

"Beliau sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Tambah Salahudin, bekas menteri besar itu akan mengisytiharkan perkara tersebut kepada umum dalam masa terdekat.

"Beliau sendiri akan mengumumkan kemasukan ke dalam PAS dalam masa terdekat ini," katanya.
Harakahdaily

BLOG JP turut melapurkan bahawa seorang bekas menteri besar Selangor difahamkan sudah menyertai PAS sebentar tadi.

Khabar gembira ini disedari beberapa sumber yang berada di kediaman Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haron Din di Seksyen 1, Bandar Bangi, Selangor jam 12.55 tengah hari tadi.

Difahamkan juga bekas menteri besar Selangor yang dimaksudkan itu ialah Muhammad Muhd Taib yang menyerahkan borang keahlian menyertai parti itu sendiri kepada Tuan Guru Haron.

Menurut beberapa saksi, Muhammad dikatakan sudah banyak bertaubat dari dosa-dosanya yang lalu dan sering berada di kuliah agama dan masjid sejak beberapa tahun lalu, namun pegawainya meminta agar perkara ini tidak dihebohkan.

Ini bagi menjaga nama Muhammad yang pernah terpalit dengan skandal lama termasuk isu wang tunai 19 kilogram ketika ditahan di Lapangan Terbang Sydney, Australia pada 1998.

Muhammad juga sudah lama berjinak-jinak dengan PAS tetapi mahu perkara itu tidak disensasikan juga kerana masih ramai kawannya dalam Umno sebelum ini.

Setakat ini, PAS belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kemasukan Muhammad tetapi dijangka satu sidang media mengumumkan perkara tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.

Kelmarin, bekas ADUN Batang Kali, Zainal Abidin Sakom yang merupakan kenalan rapat Muhammad memberitahu bekas bosnya itu tidak akan menyertai PAS kerana dikatakan tetap setia dengan perjuangan Umno selain tidak mudah menggadaikan prinsip perjuangannya.

Dilahirkan pada 29 Julai 1945 di Kuala Kalumpang, Hulu Selangor, Muhammad juga merupakan bekas ADUN Batang Kali sebanyak empat kali iaitu pada 1982, 1986, 1990 dan 1995.

Muhammad menjadi menteri besar dari tahun 1986 hingga 1997 dan kemudian digantikan oleh Abu Hassan Omar.

Beliau juga merupakan bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah selama setahun iaitu dari 18 Mac 2008 hingga 9 April 2009 setelah dilantik sebagai senator sebelum membuat keputusan untuk berundur kerana tempoh penggal tiga tahun tamat dan digantikan oleh Shafie Apdal.


Friday 29 March 2013

Tahan treler jelajah PAS 'arahan' pihak tertentu?



GOPENG: Akibat ditahan pihak berkuasa, program jelajah treler berkebajikan PAS yang dijadual berlangsung di Gopeng tertangguh lebih sejam malah terpaksa diubah dari Seksyen 18 ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh.


Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng, Radzi Zainon berkata, pihaknya kesal dengan penahanan dan pemeriksaan treler itu yang diyakini dibuat 'atas arahan' pihak tertentu bagi mengganggu program yang dianjur hari ini.

"Kita lihat bila Barisan Nasional (BN) buat program, bukan sahaja tiada halangan malah anggota keselamatan turut memberi kerjasama.

"Tetapi apabila Pakatan Rakyat, bermacam-macam halangan diwujudkan dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat agar tidak hadir ke tempat program tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang kecewa dengan tindakan penahanan treler itu berkata, semua pihak sewajarnya bertindak profesional dalam dalam menangani perbezaan politik kerana Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi.

"Tindakan polis yang mengikut arahan pihak tertentu menyebabkan program kita terjejas lebih dari sejam.

"Bukan itu sahaja kita terpaksa mengubah lokasi ke tempat yang lain, dan kita khuatir jika meneruskan program di lokasi yang asal sudah pasti pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui di program jelajah di Pengkalan Pegoh.

Tengah hari tadi, lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS di Gopeng saja keluar dari lebuhraya.

Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.

Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut yang melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya memberi jawapan 'menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan'.

Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan.

Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.

Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.

Semalam, treler tersebut turut dihalang memasuki kawasan ceramah di Bandar Kamunting.

Difahamkan pihak polis membuat tiga sekatan jalan raya di laluan masuk ke tempat program tersebut mulai jam 6 petang lagi.
- Harakahdaily

Wednesday 27 March 2013

ANWAR: TOK GURU HADI AWANG HARUS BERTANGGUNGJAWAB!!


Sewaktu pelancaran Manifesto PR bertemakan "Pakatan Harapan Kosong Rakyat", Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil menyalahkan Hadi Awang berhubung kontroversi isu kalimah Allah.

Ketua Umum PKR itu mendakwa ketetapan bersama PR pada 8 Januari 2013 lalu untuk membenarkan kalimah Allah s.w.t diguna pakai oleh orang bukan Islam termasuklah untuk kegunaan kitab Bible versi Bahasa Melayu hanya dimuktamadkan selepas mendapat penerangan dan persetujuan Presiden PAS.

"Itulah yang kita terima. Kenyataan kita itu yang dibentangkan oleh PAS, satu perkataan pun ambo tak pinda. Ya, dalam kenyataan itu satu perkataan sepenuhnya dari awal sampai habis, yang Tok Guru Hadi Awang "sign", ana jadikan kenyataan majlis pimpinn pakatan rakyat yang dipersetujui oleh PAS, PKR dan DAP."- kenyataan Anwar di Ketereh Kelantan.

Cubalah nilai dan fahamkan perkataan yang keluar dari mulut "manusia paling mengelirukan" ini.

Apa pendirian dia yang sebenarnya kita keliru. Nak kata dia setuju kalimah Allah digunasama oleh bukan Islam pun ya. Naka kata dia tak setuju gunasama pun ya.

Jalan tengah yang diambilnya ialah dengan cara memaparkan imej baru, iaitu "buat cara orang lurus bendul".

"Ambo tak pinda gapo pun. Apo yang tok guru "tando tange", tuuu la yang ambo ikut. Andai kato tok guru "sign" yang hok tak setuju kongsi namo Allah hari tu, makonyo kami Pakate Tipu Rakyat pun akan ikut jugok.

Lagu ni la perangai orang yang bakal jadi PM kalau pakate tipu rakyat ni menang PRU13. Kalau nak jugo, mampuih mu la..

petikan:http://kkamdias.blogspot.com
 

Blogger news

Blogroll

About